Liga Universiti Malaysia | UPM - KKSB

Posted By: Shazli Shamsuddin  //  Category: Event

Assalamualaikum dan salam harmoni buat semua,

Seronok juga sesekali mencuba dan mempraktikkan seni fotogafi sukan setelah musim perkahwinan yang panjang.

Saya telah berkesempatan menyaksikan perlawanan bolasepak di antara Universiti Putra Malaysia dan Kolej Komuniti Sabak Bernam dalam pertandingan Liga Universiti Malaysia pada 28 Mac 2010.

Perlawanan bertempat di Stadium UPM Serdang. Perlawanan ini telah dimenangi oleh Universiti Putra Malaysia dengan 7 gol berbalas satu.

Berbekalkan peralatan yang ada, di bawah adalah beberapa gambar yang sempat saya rakamkan.

Sila layari Galeri Liga Universiti 2010 - UPM lawan KKSB untuk galeri penuh.

Wassalam.

Shazli Shamsuddin
www.shazlishamsuddin.com

Mohd Nur Hafiz & Rosmelia | Majlis Resepsi

Posted By: Shazli Shamsuddin  //  Category: Event

Salam dan bertemu kembali,

Pada 20 Mac 2010 yang lalu saya berkesempatan merakamkan detik-detik teristimewa Majlis Resepsi pasangan Mohd Nur Hafiz dan Rosmelia di Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan.

Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru kepada pasangan berkenaan yang telah menlangsungkan perkahwinan mereka pada 12 Mac 2009 yang lalu.

Di bawah adalah beberapa keping gambar yang sempat saya rakam pada majlis tersebut.

Sila layari Galeri Resepsi Mohd Nur Iman & Rosmelia untuk galeri penuh.

Wassalam.

Shazli Shamsuddin
www.shazlishamsuddin.com

Nizal & Sha | Potret

Posted By: Shazli Shamsuddin  //  Category: Event

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Pada musim perkahwinan pada kali ini, saya telah berkesempatan mengikuti saudara Shamabd untuk sesi outdoor. Banyak ilmu fotografi yang telah dikongsi oleh beliau kepada saya.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada beliau di atas tunjuk ajar dan peluang yang diberikan kepada selama ini.

Berikut adalah beberapa hasil yang tidak seberapa daripada saya.

Sila layari Galeri Potret Nizal & Sha untuk galeri penuh.

Wassalam.

Shazli Shamsuddin
www.shazlishamsuddin.com