From Me
Author: Shazli ShamsuddinSalam dan Hi,
Saya Shazli bin Shamsuddin. Dilahirkan pada 5 Jun 1979 di Kota Bharu, Kelantan. Anak sulung daripada 3 beradik. Mendapat pendidikan dalam bidang Sains Komputer dan kini berkhidmat dalam bidang IT. Mula bergiat dalam bidang grafik sejak zaman belajar dan mula menceburi bidang fotografi secara serius bermula pertengahan 2007.
Di sini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada orang yang telah memperkenalkan saya kepada dunia fotografi dan banyak memberi tunjuk ajar kepada saya iaitu En Azman Hassan, Saudara Hishamuddin Abdullah (Shamabd), Saudara Shafree (Spreq) dan En Fuad (Jurugambar UPM). Tidak lupa juga kepada otai-otai komuniti CandidSyndrome Photo School, PhotoMalaysia dan Flickr.
Di samping itu juga terima kasih kepada isteri tercinta, ayah, bonda, adik-beradik dan seluruh keluarga yang banyak memberi sokongan untuk menceburi bidang ini.
Kepada kawan-kawan yang telah banyak banyak memberi sokongan juga tidak saya lupakan. Terima kasih buat rakan-rakan seperjuangan Shah, Kintan, Joe, Kus, Sam, Bayot, Lopak, Datuk, Yong, Raihan, Rizal FRSB UPM, Uda, Wanorid, Fai, XJukie dan ramai lagi yang banyak memberi dorongan kepada saya.
Shazli Shamsuddin