Salam dan selamat sejahtera,
Pada 3 April 2010 saya telah dijemput oleh Produksi Kirana untuk merakamkan pementasan mereka bertajuk Detik di Taman Budaya Kuala Lumpur. Teater karya Idham Hadi yang telah diarahkan oleh Said Saiful Fazli.
Pementasan hasil kumpulan yang baru 9 bulan ditubuhkan ini telah menyandang Johan Keseluruhan serta beberapa anugerah lain dalam Festival Teater Pahang 2008 dan kini mewakili Negeri Pahang ke peringkat kebangsaan.
Sekalung tahniah buat Produksi Kirana atas kejayaan yang telah ditempa dan jutaan terima kasih kerana menjemput saya untuk merakamkan pementasan mereka.
Berikut sedikit sedutan dari pementasan tersebut.
Sila layari Galeri Detik oleh Produksi Kirana untuk galeri penuh.
Wassalam.
Shazli Shamsuddin
www.shazlishamsuddin.com