26
Dec
Posted By: Shazli Shamsuddin // Category:
Event
Salam buat semua,
Alhamdulillah pada 25 Disember 2009, pasangan Mohd Azizi dan Nur Airena Aireen telah mengikat hubungan mereka dengan tali pertunangan dalam satu majlis yang disaksikan oleh ramai sanak saudara.
Majlis telah berlangsung di kediaman Nur Airena Aireen di Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan selepas solat Jumaat.
Tahniah diucapkan kepada kedua-dua sahabat saya ini yang bakal melangkah ke alam kehidupan baru pada tahun depan.
Berikut adalah beberapa coretan memori yang sempat saya rakamkan dari majlis tersebut.










Sila layari Galeri Pertunangan Mohd Azizi & Nur Airena Aireen untuk galeri penuh.
Wassalam.
Shazli Shamsuddin
www.shazlishamsuddin.com
13
Dec
Posted By: Shazli Shamsuddin // Category:
Event
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Setelah sekian lama photojournal ini terbiar akibat kesibukan tugas hakiki dan peribadi, akhirnya hari ini ianya telah dikemaskini. Berikut adalah beberapa keping gambar yang saya rakamkan pada Majlis Akad Nikah pasangan Nik Mohd Hafis dan Tuba Tabhitah. Majlis tersebut telah berlangsung pada 11 Disember 2009 bertempat di kediaman pengantin perempuan di Bangi, Selangor Darul Ehsan.
Alhamdulillah dengan sekali lafaz mereka telah bergelar suami isteri lebih kurang pada jam 5.35 ptg. Tahniah dan selamat pengantin buat kedua-dua mempelai.
Pada tugasan kali ini saya bukanlah jurugambar rasmi majlis. Terima kasih kepada Kerusi Kuning Production (Epul, Bangla & Lehe) yang memberi peluang kepada saya mengikuti tugasan mereka dalam proses saya menimba ilmu dalam bidang fotografi ini. Kalau ada job boleh tumpang lagi.
Di bawah adalah hasil saya yang tak seberapa.










Sila layari Galeri Perkahwinan Nik Mohd Hafis & Tuba Thabitah untuk galeri penuh.
Wassalam.
Shazli Shamsuddin
www.shazlishamsuddin.com