Insyaallah & Alhamdulillah | November 2009

Posted By: Shazli Shamsuddin  //  Category: Personal

Salam dan selamat sejahtera.

Post kali ni sekadar ingin meluahkan kesyukuran terhadap Ilahi kerana dengan IzinNya, insyaallah kami akan diberikan pewaris sulung keturunan kami pada bulan November 2009 nanti. Sedar tak sedar, sudah 6 bulan kami melalui suka duka dan segala cubaan dariNya sepanjang tempoh berkenaan.

Hanya tinggal 3 bulan lagi. Suka bercampur takut sebenarnya. Suka sebab nak bertemu orang baru dalam hidup tapi takut memikirkan detik-detik cemas dan cabaran dalam membesarkan dia nanti. Sekarang baru kami betul-betul sedar dan paham perasaan mak dan ayah kita semasa membesarkan kita. Sanggup berkorban wang ringgit, tenaga, masa dan apa saja demi anak-anak. Mereka kalau boleh takkan biarkan seekor nyamuk pun gigit kita ni tapi kita ni kadang-kadang selalu terlupa tentang mereka.

Terima kasih yang tidak terbalas buat IBU dan AYAH kami kerana membesarkan kami.

Satu hakikat yang kita perlu terima, ramai remaja terutamanya yang tidak pernah memikirkan kesusahan mereka mengandung, membesarkan dan mendidik mereka. Itu belum dikira belanja untuk membesarkan kita. Masa kecik-kecik kita dibelai sepenuhnya tapi bila dah besar, ramai yang tidak pernah memikirkan perasaan ibu bapa. Maka berlakulah isu rempit, penyalahgunaan dadah malah ada yang masuk universiti pun lalai dan terkandas tidak kiralah dengan cinta atau keseronokan semasa. Itulah hakikat yang berlaku sekarang. Sanggup mengorbankan masa depan dan harapan ibu bapa. Macam sia-sia usaha ibu bapa berkorban untuk kita. Seronok-seronok juga tapi ingatlah ibu dan bapa kita. Sama-samalah kita renung-renungkan dan fikir-fikirkan. Wallahuallam.

Doakan kami agar selamat semuanya dan berjaya dalam memikul tanggungjawab yang sangat berat ini. Insyaallah. Di bawah gambar-gambar yang sempat kami shoot sebelum senja pada hujung minggu yang lalu sebagai kenang-kenangan.

Wassalam.

Shazli Shamsuddin
www.shazlishamsuddin.com

Mohamad Arif & Nur Baizura | Potret

Posted By: Shazli Shamsuddin  //  Category: Event

Salam dan bertemu kembali,

Hari ni nak update hasil kerja terkini, sesi potret outdoor pasangan Arif dan Baizura yang telah melangsungkan perkahwinan mereka pada bulan Jun 2009 yang lalu. Hampir dua bulan untuk dapat set tarikh untuk sesi tersebut. Maklumlah semua sibuk dengan tugasan masing-masing, akhirnya dapat peluang pada minggu ni.

Nak dijadikan cerita macam-macam pulak hal jadi mereka pada hari berkenaan jadi terpaksa tangguhkan sesi tersebut ke tengahari. Cabaran jugak nak shoot tengahari ni namun itu bukanlah alasan untuk tidak mencuba sebaik mungkin. Berbekalkan ilmu dan peralatan yang serba kekurangan maka dengan selamba kami meredah suasana harsh light tengahari tu memandangkan mereka bersungguh-sungguh menyiapkan pakaian, prop dan makeup. Alhamduillah semuanya berjalan lancar.

Diharapkan hasil pada sesi tersebut dapat memuaskan hati kedua-dua pasangan yang memang sporting habis walaupun pengantin perempuan kurang sihat pada hari tersebut. Berikut adalah sebahagian dari sesi tersebut.

Sila layari Galeri Potret Mohamad Arif & Nur Baizura untuk galeri penuh.

Wassalam.

Shazli Shamsuddin
www.shazlishamsuddin.com