Malam Tunas Budaya UPM | 2009

Posted By: Shazli Shamsuddin  //  Category: Event

Assalamulaikum dan salam sejahtera,

Pada 12 Julai 2009 yang lalu, sempena kemasukan pelajar baharu UPM saya berkesempatan merakamkan Malam Tunas Budaya 2009 yang merupakan acara tradisi bagi setiap sesi kemasukan pelajar baharu. Terdapat 9 kumpulan yang bertanding pada malam tersebut.

Berbekalkan peralatan dan ilmu yang serba kekurangan ini, berikut adalah hasil dari majlis tersebut.

Sila layari Malam Tunas Budaya UPM 2009 untuk galeri penuh.

Wassalam.

Shazli Shamsuddin
www.shazlishamsuddin.com

Idi Shah Rizal & Noor Janatun Naim | Majlis Perkahwinan

Posted By: Shazli Shamsuddin  //  Category: Event

Salam dan selamat sejahtera,

Entry pada kali ini untuk majlis perkahwinan yang agak istimewa yang pernah saya hadiri. Pertama kali dalam hidup saya menghadiri majlis perkahwinan bagi meraikan 3 pasangan dalam satu majlis yang sama pada 11 Julai 2009 yang lalu. Ianya merupakan majlis persandingan Idi Shah Rizal & Noor Janatun Naim dan majlis bertandang bagi pasangan Shahril Edzham & Farafazila serta Abdul Halim dan Hazirah.

Idi dan Janatun telah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz sekitar jam 6 ptg di rumah pengantin perempuan, manakala Shahril Edzham & Farafazila pada 5 Jun 2009. Pasangan Abdul Halim dan Hazirah pula telah diijabkabulkan pada 3 Julai 2009 yang lepas.

Majlis berlangsung penuh meriah dengan kehadiran sanak saudara dan sahabat taulan seluruh keluarga. Ianya juga merupakan detik yang paling istimewa bagi mereka dengan kehadiran keluarga angkat Janatun yang datang dari Jepun. Hubungan mereka bermula ketika Janatun melanjutkan pelajaran di negara matahari terbit itu. Mereka juga membawakan kimono yang didatangkan khas dari Jepun untuk dipakai selepas majlis akad nikah.

Bagi saya, ia adalah satu pengalaman baru dan terima kasih buat rakan-rakan jurugambar (Bobot Studio, Shah, Kocot) yang sama-sama merakamkan detik-detik bahagia pasangan-pasangan ini. Kerjasama aripada keluarga pengantin yang cukup sporting juga membuatkan segalanya berjalan lancar.

Alhamdulillah. Berikut adalah sedikit coretan dari majlis tersebut.

Sila layari Galeri Perkahwinan Idi Shah Rizal & Noor Janatun Naim untuk galeri penuh.

Wassalam.

Shazli Shamsuddin
www.shazlishamsuddin.com

Abdul Halim & Hazirah | Majlis Perkahwinan

Posted By: Shazli Shamsuddin  //  Category: Event

Assalamualaikum dan bertemu kembali,

Kembali bertemu dengan entry perkahwinan yang telah berlangsung pada 3 & 4 Julai 2009 yang lalu di antara Abdul Halim dan Hazirah. Majlis akad nikah telah berlangsung di rumah pengantin perempuan di Sg Ramal, Kajang manakala Majlis Persandingan berlangsung di Dewan Perbandaran Kajang.

Di ucapkan selamat pengantin baru buat kedua-dua mempelai. Berikut adalah sedikit gamabaran dari majlis perkahwinan mereka.

Sila layari Galeri Perkahwinan Abdul Halim & Hazirah untuk galeri penuh.

Wassalam.

Shazli Shamsuddin
www.shazlishamsuddin.com