29
Jun
Posted By: Shazli Shamsuddin // Category:
Event
Assalamualaikum dan bertemu kembali,
Mencuri sedikit masa kerana sudah beberapa hari majlis berlalu, saya ingin memasukkan entry perkahwinan terbaru yang telah berlangsung pada 26 & 27 Jun 2009 di antara Shaharuddin dan Catriona Ross di kediaman Catriona di Kota Bharu, Kelantan. Majlis yang telah diadakan dengan penuh meriah berkonsepkan tradisional Melayu dan Inggeris diserikan lagi dengan kehadiran tetamu yang tidak putus-putus sepanjang majlis berlangsung.
Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan ucapan terima kasih kepada Shutterspeak selaku jurugambar rasmi yang telah memberi ruang dan peluang merakamkan detik-detik istimewa ini bersama mereka.
Buat kedua-dua mempelai diucapkan selamat pengantin baru dan semoga ikatan perkahwinan kekal buat selamanya. Tidak lupa terima kasih kepada seluruh keluarga pengantin yang sangat memberi kerjasama.
Berikut adalah beberapa hasil yang tidak seberapa daripada saya pada majlis tersebut.















Sila layari Galeri Perkahwinan Shaharuddin & Catriona Ross untuk galeri penuh.
Wassalam.
Shazli Shamsuddin
www.shazlishamsuddin.com
23
Jun
Posted By: Shazli Shamsuddin // Category:
Event
Assalamulaikum dan selamat sejahtera,
Entry kali ini, saya ingin berkongsi hasil yang saya perolehi semasa Perlumbaan Super GT 2009 yang telah diadakan di Litar Sepang pada 19 hingga 21 Jun 2009.
Berikut adalah gambar-gambar yang dipilih secara rawak sahaja. Masih tidak berkesempatan untuk meneliti setiap gambar yang telah dirakam. Semua gambar dari tempat duduk penonton sahaja. Masih belum berpeluang untuk merakam gambar dari tepi litar lagi. Layan…















Sila layari Galeri Super GT 2009 (Pusingan Malaysia) - Kelayakan dan Galeri Super GT 2009 (Pusingan Malaysia) - Perlumbaan untuk galeri penuh.
Wassalam.
Shazli Shamsuddin
www.shazlishamsuddin.com
18
Jun
Posted By: Shazli Shamsuddin // Category:
Event
Salam dan selamat sejahtera,
Dicelah kesibukan tugasan saya mengambil peluang untuk memasukkan entry terkini dan mengucapkan tahniah serta selamat pengantin baru buat pasangan Shahruddin & Farahtul Najjah yang telah melangsungkan perkahwinan pada 12 Jun 2009 yang lalu di rumah datuk pengantin perempuan di Kg Pulau Kudat, Kuala Berang, Terengganu Darul Iman.
Majlis persandingan pula telah diadakan pada keesokkan harinya secara sederhana tapi meriah dengan sambutan sanak saudara serta penduduk kampung. Berikut adalah beberapa keping dari lensa saya. Maaf sebab sekarang ni sumer citer pasal kawen je, maklumlah… musim kawen…










Sila layari Galeri Perkahwinan Shahruddin & Farahtul Najjah untuk galeri penuh.
Wassalam.
Shazli Shamsuddin
www.shazlishamsuddin.com