Rasyidi & Farha Nesyita | Majlis Pertunangan

Posted By: Shazli Shamsuddin  //  Category: Event

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Setelah sekian lama menyepi disebabkan kesibukan tugas hakiki, kali ini saya mengambil peluang untuk memasukkan hasil kerja terkini.

Alhamdulillah pada 28 Mac 2009 yang lalu, saya telah diberi tanggungjawab untuk merakam majlis pertunangan di antara Rasyidi dan Farha Nesyita bertempat di kediaman pihak perempuan di Keramat, Kuala Lumpur. Majlis berlangsung dengan penuh meriah dan dihadiri ramai sanak saudara dari kedua-dua belah pihak.

Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kedua-dua keluarga di atas kepercayaan dan kerjasama yang telah diberikan. Juga selamat bertunang kepada pasangan Rasyidi dan Farha Nesyita.

Di bawah adalah sorotan menarik dari majlis berkenaan.

Sila layari Galeri Pertunangan Rasyidi & Farha Nesyita untuk galeri penuh.

Wassalam.

Shazli Shamsuddin
www.shazlishamsuddin.com

HDR | High Dynamic Range

Posted By: Shazli Shamsuddin  //  Category: Personal

Salam dan bertemu kembali,

Dah bersawang photojournal ni, sudah sebulan tak menembak disebabkan kesibukan kerja-kerja hakiki. Beberapa event seperti Tahun Baru Cina, Thaipusam, LTDL, Festival Belon Udara Panas dan pelbagai aktiviti lain terlepas begitu sahaja.

Di samping kesibukan yang melampau ini, berjaya mencuri sedikit masa untuk mencuba teknik HDR dari hasil koleksi gambar-gambar lama. Sudah lama ingin mencuba namum tidak berkesempatan. Sekadar ingin mencuba teknik yang popular di kalangan peminat fotografi lanskap.

Jadi beginilah hasilnya, saya lebih suka HDR yang lebih realistik. Jika ada hustler HDR yang singgah di post ni boleh bagi sedikit tunjuk ajar kepada saya yang masih baru dalam bidang fotografi ini.

Wassalam.

Shazli Shamsuddin
www.shazlishamsuddin.com