Sufi & Dr Sharifah Aisyah | Majlis Bertandang

Posted By: Shazli Shamsuddin  //  Category: Event

Salam dan bertemu kembali,

Kesinambungan dari post yang lepas, entry kali ini menyikap majlis bertandang pasangan Sufi dan Dr Sharifah Aisyah yang telah berlangsung pada 26 Januari 2009 di kediaman pengantin lelaki di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. Segalanya berlangsung dalam majlis yang sederhana tapi penuh meriah dengan kehadiran sanak saudara dan rakan taulan keluarga mempelai.

Berikut adalah preview dari majlis berkenaan.

Sila layari Galeri Perkahwinan Sufi & Dr Sharifah Aisyah untuk galeri penuh.

Wassalam.

Shazli Shamsuddin
www.shazlishamsuddin.com

Sufi & Dr Sharifah Aisyah | Majlis Perkahwinan

Posted By: Shazli Shamsuddin  //  Category: Event

Salam dan selamat sejahtera,

Alhamdulillah, semalam telah selesai majlis perkahwinan pasangan Sufi dan Dr Sharifah Aisyah di kediaman pihak perempuan di Taman Kenangan, Kota Bharu, Kelantan. Majlis akad nikah telah berlangsung di rumah pengantin perempuan. Mereka telah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz pada detik 9.27 minit malam 23 Januari 2009. Majlis persandingan pula telah berlangsung pada 24 Januari 2009 bertempat di rumah pengantin perempuan dalam majlis yang penuh warna warni.

Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru buat mereka. Semoga dimurahkan rezeki dan bahagia buat selamanya.

Di bawah ada preview dari Majlis Akad Nikah & Persandingan mereka.

Sila layari Galeri Perkahwinan Sufi & Dr Sharifah Aisyah untuk galeri penuh.

Wassalam.

Shazli Shamsuddin
www.shazlishamsuddin.com

Iman & Yus | Majlis Bertandang

Posted By: Shazli Shamsuddin  //  Category: Event

Salam buat semua,

Maaf sebab lambat update untuk entry kali ni. Terlalu sibuk dengan tugasan rasmi dan hakiki jadi terpaksa memberikan keutamaan kepada kerja yang sepatutnya.

Di bawah ada beberapa gambar dari Majlis Bertandang & Sesi Outdoor pasangan Iman dan Yus pada 17 Januari 2009 yang lalu. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Enjoy.

Sila layari Galeri Resepsi Iman & Yus untuk galeri penuh.

Wassalam.

Shazli Shamsuddin
www.shazlishamsuddin.com