24
Dec
Posted By: Shazli Shamsuddin // Category:
Event
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.
Tahniah buat pasangan Syafie & Ira yang telah selamat melansungkan perkahwinan mereka pada 19 & 20 Disember 2008 yang lalu di Kota Bharu, Kelantan. Majlis akad nikah telah sempurna pada jam 9.41 malam di Masjid Padang Bongor, Kota Bharu, Kelantan pada 19 Disember 2008 manakala kenduri diadakan pada keesokkan harinya.
Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan meriah dengan kehadiran saudara mara dan sahabat handai. Sangat seronok bekerja dengan mereka sepanjang majlis berlangsung. Majlis juga turut diserikan dengan kehadiran Tengku Amalin ‘A-Ishah Putri yang merupakan rakan seperjuangan Ira semasa pengajian mereka di UIA dahulu.
Di sini kami ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk merakamkan detik-detik istimewa kalian. Kedua-duanya sangat best dan sporting. Ceria habis. Di bawah ada sedikit preview sepanjang majlis berlangsung.















Sila layari Galeri Perkahwinan Syafie & Ira untuk galeri penuh.
Wassalam.
Shazli Shamsuddin
www.shazlishamsuddin.com
12
Dec
Posted By: Shazli Shamsuddin // Category:
Event
Salam Aidiladha buat semua,
Bingkisan kali ini berkaitan ole-ole dari kampung sempena Aidiladha 2008. Maaf lambat sikit, line broadband bermasalah sikit. Sekarang baru boleh update. Alhamdulillah pada tahun ini saya menyambut hari mulia ini bersama keluarga isteri tercinta di rumah kakak ipar saya di Taman Desa Kemumin, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan pada pagi hari raya pertama. Walaupun hari hujan, kemeriahan majlis tetap berjalan meriah. Ditambah lagi dengan baju khas dan hidangan tajaan WRH Katering. Di bawah adalah beberapa gambar yang dipilih secara rawak.










Alhamdulillah. Semua selamat berlangsung lancar dan meriah walaupun hari hujan.
Sila layari Galeri Aidiladha 2008 untuk galeri penuh.
Wassalam.
Shazli Shamsuddin
www.shazlishamsuddin.com
02
Dec
Posted By: Shazli Shamsuddin // Category:
Event
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.
Sedikit preview perkahwinan seorang lagi rakan saya Shida dan jejaka pilihan hatinya Azhan pada 30 November 2008. Majlis akad nikah telah sempurna dengan sekali lafaz oleh Azhan pada jam 10.38 pagi di Masjid Kg Kundang, Tanjung Sepat, Selangor Darul Ehsan.
Majlis yang sederhana namun penuh meriah dengan detik-detik terindah. Tahniah dan selamat pengantin baru buat kalian. Semoga bahagia selamanya.















Sila layari Galeri Perkahwinan Azhan & Shida untuk galeri penuh.
Wassalam.
Shazli Shamsuddin
www.shazlishamsuddin.com