30
Aug
Posted By: Shazli Shamsuddin // Category:
Event
Salam buat semua. Sekali lagi post berkaitan pyro sempena MIFC 2008. Setelah kecewa untuk shoot persembahan dari pasukan Sepanyol pada 24 Ogos 2008 akibat cuaca yang tidak mengizinkan, akhirnya dapat juga shoot persembahan finale dari pasukan Australia. Australia diwakili oleh Howards and Sons Pyrotechnics Pvt Ltd yang merupakan pemenang pada tahun lepas. Mereka merupakan pakar pyro terkenal di seluruh dunia.
Kali ini port yang dipilih berbeza dari yang lepas untuk mendapatkan sudut dan latarbelakang yang berbeza. Berbanding persembahan yang lepas, pada malam persembahan finale ini sambutan sangat memberangsangkan. Port yang dipilih penuh sesak dengan photographer dan juga orang ramai yang ingin menyaksikan persembahan ini. Pada saat-saat persembahan hampir bermula, jalanraya dipenuhi kenderaan yang terperangkap dalam kesesakan sehinggakan mereka terpaksa memberhentikan kenderaan di atas jalanraya dan menyaksikan persembahan dari atas jalanraya. Mungkin disebabkan keesokannya hari cuti menyebabkan ramai orang berpusu-pusu ingin menyaksikan pertandingan yang julung-julung kali diadakan ini. Rata-rata semua pengunjung datang dengan keluarga masing-masing.
Sesuai dengan gelaran penyandang johan tahun 2007, Australia membuat persembahan yang membuatkan penonton kagum dengan kareografi pyro mereka. Di bawah adalah beberapa gambar yang ingin dikongsi untuk tatapan bersama.










Untuk koleksi penuh sila layari Galeri MIFC 2008 - Australia.
Wassalam.
Shazli Shamsuddin
www.shazlishamsuddin.com
25
Aug
Posted By: Shazli Shamsuddin // Category:
Event
Salam buat semua,
Dah lama tak online disebabkan kesibukan yang melanda. Post kali ini untuk Majlis Perkahwinan Hafiz & Haliza. Haliza ni sepupu aku. Masa majlis perkahwinan aku dulu dia antara yang banyak bersusah payah. Tarikh majlis pun lebih kurang aku. Kiranya majlis dia ni masa anniversary perkahwinan aku.
Majlis telah berlangsung pada 21 & 22 Ogos 2008 di rumah pengantin perempuan di Kampung Baung, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. Kira kampung aku juga ni. Persiapan dibuat oleh sanak saudara yang balik sempena cuti sekolah. Di sini ada sedikit preview majlis berkenaan.










Galeri gambar penuh boleh layari Galeri Perkahwinan Hafiz & Haliza.
Salam.
Shazli Shamsuddin
www.shazlishamsuddin.com
21
Aug
Posted By: Shazli Shamsuddin // Category:
Personal
Salam dan selamat sejahtera.
Lama tak menjenguk Photojournal dua tiga hari kebelakangan ni. Aku cuti dan balik kampung untuk tolong kenduri sepupu aku belah ayah aku. Kenduri dia ni aku memang kena balik sebab masa kenduri aku dia yang banyak tolong family aku. OK, cerita pasal sepupu aku ni kita sambung lain kali lepas aku cover majlis dia nanti. Apa yang aku nak cerita kat sini cerita lain. Bukan cerita ikan emas atau kumbang terbang tapi pasal kucing kesayangan keluarga aku. Monza. Ayah aku yang bagi nama ni. Monza ni sebenarnya tengah menghitung hari untuk meninggalkan alam dunia ni. Dia ada penyakit apa ntah tapi memang dah tak boleh rawat. Doktor nasihatkan supaya send to sleep tapi rasanya tak sampai hati pulak nak buat macam tu. Biarlah kami jaga dia sepanjang hari-hari terakhir dia bersama kami. Walaupun hanya seekor kucing, dia dah jadi sebahagian dari keluarga kami.

Kalau anda perasan dalam gambar atas, kaki depan dia tu macam ada luka dan nampak daging. Itulah simptom penyakit tersebut. Luka yang tak akan sembuh malah makin merebak. Tiada ubat dan dah tiada iktiar lain melainkan menunggu masa. Dia pun mungkin dapat rasa hari terakhir dia bersama kami semakin dekat. Mungkin sebab itu dia dah tak merayau merata-rata sampai berhari-hari tak balik seperti kebiasaannya. Badan dah semakin kurus. Luka semakin teruk sampai kaki tu dah tak boleh guna lagi. Jalan pun guna 3 kaki sahaja. Bulu dia pun dah tak cantik macam dulu lagi. Sedih juga kami sekeluarga bila diberitahu berita tersebut masa hantar dia buat treatment dulu.

Sebenarnya kucing ini kami tak beli pun. Tiba-tiba dia datang rumah kami pada satu hari tu. Mungkin tertarik dengan bilangan kucing yang memang dah banyak di rumah kami ni. Masa dia datang tu kurus kering. Sehelai misai pun tiada. Kami syak kucing ni kena curi lepas tu terlepas. Sebab semua misai dia macam kena potong. Kesian, mesti dah berhari-hari tak makan. Kami amik, hantar ke klinik dan rawat sampai dia betul-betul sihat. Bila dah sihat kami lepaskan supaya dia balik ke tempat@tuan asal dia. Lama kelamaan, dia tak balik-balik jugak. Hilang merayau 2-3 hari kemudian datang rumah kami balik. Memang itu rutin dia. Bermula dari situlah kami mula bela dia, sampai sekarang. Sekarang dia pun dah tak lama lagi nak bersama kami. Harap-harap ada baka yang ditinggalkan.

Itulah cerita Monza menanti hari dia. Itu kucing. Kita ni agaknya macam mana kalau jadi macam tu. Agak-agak cukup ke amalan kita nak menempuh hari tu. Entah bila. Tahun depan? Bulan depan? Minggu depan? Esok? Hari ini? Sejam lagi? Seminit lagi? Atau selepas kita habis membaca ayat ini? Bersediakah kita? Wallahualam.
Bagaimana pula kalau perkara ni terjadi kepada orang-orang di sekeliling kita? Insan tersayang kita? Rasanya bila dah jadi macam ini baru kita akan sedar pentingnya seseorang atau sesuatu yang selama ini kita tidak endahkan atau nafikan kewujudannya. Tiba-tiba aku teringat satu petikan yang pernah aku baca tapi tak ingat kat mana. Aku pun dah tak ingat detail dia tapi lebih kurang macam ni 2-3 baris yang masih aku ingat :
Hanya ibu mengandung menghargai nilai 9 bulan,
hanya orang tidak cukup tidur menghargai nilai 1 jam,
hanya mereka yang terlepas penerbangan menghargai nilai 1 minit,
hanya pelari yang kalah menghargai nilai 1 milisaat,
HANYA MEREKA YANG TELAH KEHILANGAN KAWAN MENGHARGAI ERTI SEBUAH PERSAHABATAN!
Semoga post kali ini memberi sedikit input kepada kita. Sama-sama kita renungkan dan ingat mengingati. Wallahualam.
Wassalam.
Shazli Shamsuddin
www.shazlishamsuddin.com