04
Aug
Posted By: Shazli Shamsuddin // Category:
Personal
Salam dan selamat sejahtera.
Post kali ni sekadar ingin meluahkan kesyukuran terhadap Ilahi kerana dengan IzinNya, insyaallah kami akan diberikan pewaris sulung keturunan kami pada bulan November 2009 nanti. Sedar tak sedar, sudah 6 bulan kami melalui suka duka dan segala cubaan dariNya sepanjang tempoh berkenaan.
Hanya tinggal 3 bulan lagi. Suka bercampur takut sebenarnya. Suka sebab nak bertemu orang baru dalam hidup tapi takut memikirkan detik-detik cemas dan cabaran dalam membesarkan dia nanti. Sekarang baru kami betul-betul sedar dan paham perasaan mak dan ayah kita semasa membesarkan kita. Sanggup berkorban wang ringgit, tenaga, masa dan apa saja demi anak-anak. Mereka kalau boleh takkan biarkan seekor nyamuk pun gigit kita ni tapi kita ni kadang-kadang selalu terlupa tentang mereka.
Terima kasih yang tidak terbalas buat IBU dan AYAH kami kerana membesarkan kami.
Satu hakikat yang kita perlu terima, ramai remaja terutamanya yang tidak pernah memikirkan kesusahan mereka mengandung, membesarkan dan mendidik mereka. Itu belum dikira belanja untuk membesarkan kita. Masa kecik-kecik kita dibelai sepenuhnya tapi bila dah besar, ramai yang tidak pernah memikirkan perasaan ibu bapa. Maka berlakulah isu rempit, penyalahgunaan dadah malah ada yang masuk universiti pun lalai dan terkandas tidak kiralah dengan cinta atau keseronokan semasa. Itulah hakikat yang berlaku sekarang. Sanggup mengorbankan masa depan dan harapan ibu bapa. Macam sia-sia usaha ibu bapa berkorban untuk kita. Seronok-seronok juga tapi ingatlah ibu dan bapa kita. Sama-samalah kita renung-renungkan dan fikir-fikirkan. Wallahuallam.
Doakan kami agar selamat semuanya dan berjaya dalam memikul tanggungjawab yang sangat berat ini. Insyaallah. Di bawah gambar-gambar yang sempat kami shoot sebelum senja pada hujung minggu yang lalu sebagai kenang-kenangan.



Wassalam.
Shazli Shamsuddin
www.shazlishamsuddin.com
10
Jun
Posted By: Shazli Shamsuddin // Category:
Personal
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Semenjak sekian lama photojournal hanya dihidangkan dengan entry perkahwinan, pada kali ini update terkini mengenai Monza Jr yang pernah pernah ditulis pada Oktober 2008 yang lalu. Kini setelah sembilan bulan lebih usianya, dipaparkan gambar terkini Monza.

Sekali imbas si Monza Jr ni sebijik macam bapaknya Monza Sr, ada benarnya pepatah diturunkan ribut dan petir kerana selepas itu akan diberikan pelangi.

Kesedihan dulu kini terubat dengan telatah si Monza Junior ni. Malah Monza Jr lebih menarik perwatakan berbanding bapaknya ditambah pula dengan kepatuhan si Monza mengikut arahan. Sekali kita pikir, binatang yang tidak berakal pun mudah mendengar arahan tapi kita yang berakal ni nak ikut peraturan jalanraya pun susah. Itu belum cerita pasal peraturan-peraturan yang lain lagi.

Atau mungkin juga kerana Monza binatang yang tidak berakal maka ia lebih menghormati orang yang memberinya makan manakala dikalangan kita yang dikurniakan akal lebih susah untuk menghargai dan menghormati orang lain.

Adakah akal yang kita miliki ini menyebabkan kita angkuh? Adakah kemampuan berfikir kita menyebabkan kita merasakan diri kita lebih hebat dari orang lain lantas menyebabkan kita tidak mahu menghormati orang lain.

Sama-samalah kita renungkan. Selamat beramal… Muehueheuheuhehueuhehue…
Wassalam.
Shazli Shamsuddin
www.shazlishamsuddin.com
05
Mar
Posted By: Shazli Shamsuddin // Category:
Personal
Salam dan bertemu kembali,
Dah bersawang photojournal ni, sudah sebulan tak menembak disebabkan kesibukan kerja-kerja hakiki. Beberapa event seperti Tahun Baru Cina, Thaipusam, LTDL, Festival Belon Udara Panas dan pelbagai aktiviti lain terlepas begitu sahaja.
Di samping kesibukan yang melampau ini, berjaya mencuri sedikit masa untuk mencuba teknik HDR dari hasil koleksi gambar-gambar lama. Sudah lama ingin mencuba namum tidak berkesempatan. Sekadar ingin mencuba teknik yang popular di kalangan peminat fotografi lanskap.
Jadi beginilah hasilnya, saya lebih suka HDR yang lebih realistik. Jika ada hustler HDR yang singgah di post ni boleh bagi sedikit tunjuk ajar kepada saya yang masih baru dalam bidang fotografi ini.












Wassalam.
Shazli Shamsuddin
www.shazlishamsuddin.com