27
Sep
Posted By: Shazli Shamsuddin // Category:
Event
Assalamualaikum dan alhamdulillah bertemu kembali kita pada kali ini.
Pada kali ini saya ingin berkongsi beberapa keping gambar yang sempat saya rakamkan semasa MAViC 2010. MAViC adalah singkatan kepada Merdeka Award Video Competition yang diadakan sempena sambutan kemerdekaan.
Program ini adalah anjuran Universiti Putra Malaysia dengan kerjasama Astro dan Finas. Program ini merupakan pertandingan video berdasarkan kemerdekaan disamping melahirkan pengiat seni di kalangan pelajar universiti seluruh negara.
Selain wakil UPM dan Finas, anugerah pada kali ini turut disampaikan oleh beberapa penggiat seni tanah air iaitu Datuk Aziz Sattar, Norish Karman, Julia Ziegler dan Kumpulan Bunkface. Persembahan selingan telah dijayakan oleh beberapa artis tempatan seperti Kumpulan Tilu, Maulana, Hazami, Big Boi & RR serta Kumpulan Bunkface.
MAViC 2010 menyaksikan wakil dari UTAR telah memenangi kategori Video Pendek melalui nukilan dari Universiti Tun Abdul Razak bertajuk The Call Of Freedom arahan Woo Mun Kit.
Berikut adalah beberapa detik yang sempat saya rakamkan sepanjang majlis berlangsung.















Sila layari Galeri MAViC 2010 untuk galeri penuh atau di Galeri Facebook MAViC 2010.
Wassalam.
Shazli Shamsuddin
www.shazlishamsuddin.com
14
Sep
Posted By: Shazli Shamsuddin // Category:
Event
Salam dan selamat sejahtera.
Musim raya dan cuti sekolah datang lagi. Malaysia tentunya sinonim dengan majlis kenduri dan perkahwinan pada musim ini. Saya telah diberi kepercayaan untuk merakam saat terindah pasangan mempelai Tuan Azlan Tuan Suliman dan pasangannya Dr Noor Azizah Abdullah pada cuti raya tahun ini.
Mereka telah diijabkabulkan pada 11 September 2010 bersamaan 2 Syawal 1431H dengan sekali lafaz lebih kurang jam 9.30 malam. Majlis akad nikah telah berlangsung di Masjid Kg Panchor, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim bersama 4 lagi pasangan mempelai yang lain manakala majlis kenduri kesyukuran diadakan di kediaman pengantin perempuan di kampung berkenaan.
Keseluruhan majlis berjalan secara sederhana namun tetap meriah dengan dibantu gotong royong seluruh keluarga dan jiran tetangga.
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru kepada kedua-dua mempelai. Terima kasih juga atas kerjasama yang diberikan oleh mereka walaupun kepenatan. Saya difahamkan pengantin lelaki baru pulang dari Qatar sehari sebelum majlis akad nikah kerana bertugas di sana.
Berikut adalah coretan sepanjang majlis berlangsung.




















Sila layari Galeri Perkahwinan Tuan Azlan & Dr Noor Azizah untuk galeri penuh atau di Galeri Facebook Perkahwinan Tuan Azlan & Dr Noor Azizah.
Wassalam.
Shazli Shamsuddin
www.shazlishamsuddin.com
21
Jun
Posted By: Shazli Shamsuddin // Category:
Event
Assalamualaikum dan bertemu kembali setelah 2 bulan photojournal ini tidak dikemaskini.
Setelah sekian lama, kali ini saya ingin berkongsi beberapa detik sepanjang majlis perkahwinan pasangan Mohd Azizi & Nur Airena Aireen. Mereka telah selamat diijabkabulkan pada 12 Jun 2010 yang lalu di kediaman pengantin perempuan di Subang Jaya. Pada keesokkan harinya majlis yang sungguh meriah telah diadakan di Hotel Concorde Shah Alam yang bertemakan merah putih. Majlis diserikan dengan persembahan multimedia, live band dan kompang.
Majlis bertandang pula telah diadakan di rumah pengantin lelaki di Sabak Bernam pada 19 Jun 2010. Majlis dimulakan dengan majlis berinai pada 18 Jun 2010.
Terima kasih kepada pasangan pengantin yang telah memberikan kepercayaan kepada saya untuk merakamkan detik terindah dalam hidup mereka. Saya juga ingin mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru kepada kedua-dua mempelai.
Berikut adalah sedikit detik-detik yang ingin dikongsi buat tatapan bersama.

















Sila layari Galeri Perkahwinan Mohd Azizi & Nur Airena Aireen dan Galeri Resepsi Mohd Azizi & Nur Airena Aireen untuk galeri penuh atau di Galeri Facebook Perkahwinan Mohd Azizi & Nur Airena Aireen.
Wassalam.
Shazli Shamsuddin
www.shazlishamsuddin.com